Tuesday, January 3, 2012

encik polis.




catatan pertama untuk tahu baru dua kosong satu dua.

dah lama sangat aku nak catat entry ni.
entry yang agak umum dan tidak terlalu membebankan pemikiran.
POLIS
kau yang membaca kau suka aktiviti polis?
kau yang melihat kau nampak apa yang polis lakukan?
kau yang mendengar kau pernah berurusan dengan mereka?
nyatakan apa yang kau fikirkan sekarang.
aku pasti separuh lebih dari manusia kurang gemar dengan aktiviti mereka sama seperti aku dahulu.
menuding mencari idea busuk untuk menyalahkan kehidupan dan rezeki halal mereka.
ya manusia itu memang tengah senang memang dia akan mencaci pekerjaan mereka.
apabila musibah datang manusia mula akan bergerak sepantas cahaya menuju ke ruang pekerjaan polis.
khuatir sesuatu datang tanpa diduga dan manusia akan perlukan jaminan dalam hari berjalan.
dari situ sudah boleh dilihat yang sebenarnya manusia itu bercakap mulut berdasarkan racun kuat dalam fikiran mereka tetapi disuruh semuanya hancur.
kalau kau fikir kau hebat kau jaga diri sendiri bila mana situasi kau dalam keadaan kau tiada jaminan untuk bergerak bebas lagi.
aku cabar kau!
mereka sama seperti kau.
bekerja atas dasar tugas berkerja untuk kehidupan anak anak mereka yang masih kecil.
mereka minat apa yang mereka lakukan.
aku catat sebab aku sendiri ada pengalaman macam kau tengah seronok mencaci mereka.
kau kuat kau seorang je la jaga negara ni.
nak bina negara berjaya sangat susah tapi nak hancurkan institusi negara tersangat mudah.
kau renunglah.
anak bangsa kau.
aku sayang bangsa aku.
maaf ya encik polis.
aku tak boleh lupa apa aku lakukan pada kau masa zaman kenakalan aku.
mencuit hati kami tetapi tidak bagi kau.
maaf sekali lagi.
:)

No comments:

Post a Comment